Saturday, October 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA ADIDIL FITRI 2010.

Sebahagian yang sempat merakam kenangan di luar TABIKA.

Berbaju cantik kebaya melayu
di pakai pada pagi raya
gembira ,ceria janganlah malu
jamuan raya di sambut bersama

hari raya menjelang tiba
hari mulia di sambut gembira
suasana ceria jamuan raya
juadah terhidang silalah rasa




cerianya menikmati hidangan raye.Gambar2 sekitar jamuam hari raya aidil fitri 2010.Menu hari ini ketupat,rendang daging,kuah lodeh,kuah kacang,mee hoon goreng,agar-agar ,dadih,kek cokelat,nugget dan aneka kuih raya......




























Friday, September 3, 2010

PEMBERITAHUAN CUTI.

TABIKA AKAN BERCUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN PADA 4/9/2010 - 11/9/2010.

CUTI AKAN DI SAMBUNG UNTUK CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI PADA

13/9/2010-16/9/2010

TABIKA AKAN BERSEKOLAH SEMULA PADA JUMAAT-17/9/2010

SEKIAN TERIMA KASIH


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI CIKGU UCAPKAN KEPADA SEMUA ANAK MURID CIKGU YANG CIKGU SAYANGI....JUGA KEPADA SEMUA IBU BAPA ...DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN DAN BERGEMBIRA DI HARI RAYA.SEMOGA PERJALANAN BALIK KAMPUNG YOU ALL SELAMAT TIBA DAN DI PERMUDAHKAN URUSANNYA.

JEMPUT LAH DATANG KE RUMAH CIKGU.....SELAMAT HARI RAYA......JANGAN LUPA SEKOLAH BALIK PADA JUMAAT 17/9/2010-BAWA KUIH RAYA YE........




Thursday, September 2, 2010



Sambutan hari kemerdekaan TABIKA.Diadakan pada 31 Hb.Ogos 2010.Walaupun Ramadhan sambutan tetap meriah dengan sokongan ibu bapa yang hadir dan menyertai acara yang telah di susun untuk pengisian sambutan.Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak TABIKA di menangi oleh Adik Mohd Hanif,tempat kedua pula oleh Adik Nurali syuhada dan tempat ketiga Adik Siti Syahirah.Pertandingan melukis poster pula di menangi oleh ibu Nursabella.

Gambar2 sekitar sambutan hari kebangsaan.
























Saturday, August 7, 2010

Satu majlis gotong royong dan tahlil sempena ramadhan telah diadakan pada 7 Hb.Ogos 2010/sabtu.seramai 20 ibu bapa hadir dalam majlis.Gotong royong ini berjaya diadakan walaupun hujan turun dengan lebatnya.Setelah hujan reda ibu bapa dan AJK memulakan gotong royong membersihkan kawasan luar TABIKA,mencantas pokok2 bunga yang telah merimbun.

Majlis bacaan tahlil diadakan selepas gotong royong selesai.Aktiviti selesai setelah ibu bapa mendapatkan berkat nasi ambeng untuk di bawa pulang.Terimakasih......atas kerjasama dan keperihatinan ibu bapa.Tabika ceria p & p berjaya.






















ib




ibu yang tekun mencantas bunga kertas....
hujan baru saja berhenti,padang agak becak tetapi alhamdulillah cuaca redup je...
















cikgu ala2 merasmikan gotong royong ni la.....penat tau berus longkang..sental....bersih be longkang nya..pas ni harap2 PPS senyum la nya
























Pn.Rusiah ..rajin nye berus kak..berus lagi nanti tabika kita bersih dan ceria