Saturday, July 17, 2010



KEMPEN MENABUNG BERSAMA BANK RAKYAT.
Sabtu.17 Hb.July 2010. Kempen menabung di kalangan kanak2 TABIKA di lancarkan di TABIKA KEMAS Bustanul Ariffin.Bank Rakyat telah membuka kaunter untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk membuka akaun Nuri Bank Rakyat.Setiap pembukaan buku akan di beri hadiah.Hadiah berbeza mengikut jumlah tabungan seperti Tabung Ipin Dan Upin,keychain,berus gigi,beg dan sebagainya.kelihatan sebahagian ibu bapa yg hadir





















Friday, July 16, 2010



adi naqiuddin zakaria

lagi gambar2 sekitar lawatan ke Kuala Lumpur-Zoo Negara,pusat Sains Negara dan Masjid Negara.Jumpa lagi di tahun hadapan....
































































































lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.destinasi ke Zoo Negara dan Pusat Sains Negara.Tarikh lawatan 15Hb.July 2010.Khamis.Jumlah kanak-kanak 21 orang.2 guru dan seorang AJK.Kami bertolak dr.TABIKA KEMAS Bustanul Ariffin pada pukul 8.40 pagi.Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 9.40 pg.Setelah urusan tiket selesai kami menjelajah Zoo Negara.....horey..seronoknya..lihatlah gambar2 kami...tapi hanya sebahagian saja yg dpt di masukkan...setelah kami puas di Zoo,melihat pertunjukan singa laut,naik keretapi maka kami bertolak pula ke Masjid Negara unutk berehat makan minum tengahari dan solat Zohor,kami bertolak pula ke Pusat Sains Negara.disana bermacam2 objek berasaskan ciptaan sains dapat di teroka.Kami bertolak pulang pd pukul 4.30 ptg.Kami selamat sampai ke TABIKA pukul 5.3o ptg.Alhamdulillah,segalanya selamat.Tapi ada la juga kanak-kanak saya yang terberak dalam seluar,mabuk kenderaan dan bila dah sampai ada ibu bapa yg lambat ambil anaknya.saya hanya berpeluang balik ke rumah pukul 7 malam,,uhuh sedihnya,,,penatnya,esok TABIKA bersekolah seperti biasa,,tiada cuti...hari sabtu ni ada lagi kelas ganti cuti raya...tapi bila mendengar kanak-kanak saya sibuk bercerita keseronokan lawatan ini saya rasa begitu gembira...hilang kepenatan semalam yg masih belum hilang......beginilah seorang guru....segalanya di bahunya memikul tanggungjawab yg di amanahkan untuk menjadikan kanak-kanak ini adalah insan yg seimbang perkembangannya dari segi rohani,jasmani,semosi,fizikal dan inteleknya.























































































































































































Wednesday, July 14, 2010


inilah kebun dapur TABIKA KEMAS BUSTANUL ARIFFIN.Anak2 pokok rozel sedang tumbuh membesar..yeh..yeh

anak-anak pokok bayam sedang membesar...
berbudi dengan tanah merasalah hasilnya..bolehlah buat cucur bayam

pokok sayur kacang bendi dah tumbuh subur
tak lama lagi bolehlah kami makan hasilnya.