Friday, July 16, 2010



lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.destinasi ke Zoo Negara dan Pusat Sains Negara.Tarikh lawatan 15Hb.July 2010.Khamis.Jumlah kanak-kanak 21 orang.2 guru dan seorang AJK.Kami bertolak dr.TABIKA KEMAS Bustanul Ariffin pada pukul 8.40 pagi.Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 9.40 pg.Setelah urusan tiket selesai kami menjelajah Zoo Negara.....horey..seronoknya..lihatlah gambar2 kami...tapi hanya sebahagian saja yg dpt di masukkan...setelah kami puas di Zoo,melihat pertunjukan singa laut,naik keretapi maka kami bertolak pula ke Masjid Negara unutk berehat makan minum tengahari dan solat Zohor,kami bertolak pula ke Pusat Sains Negara.disana bermacam2 objek berasaskan ciptaan sains dapat di teroka.Kami bertolak pulang pd pukul 4.30 ptg.Kami selamat sampai ke TABIKA pukul 5.3o ptg.Alhamdulillah,segalanya selamat.Tapi ada la juga kanak-kanak saya yang terberak dalam seluar,mabuk kenderaan dan bila dah sampai ada ibu bapa yg lambat ambil anaknya.saya hanya berpeluang balik ke rumah pukul 7 malam,,uhuh sedihnya,,,penatnya,esok TABIKA bersekolah seperti biasa,,tiada cuti...hari sabtu ni ada lagi kelas ganti cuti raya...tapi bila mendengar kanak-kanak saya sibuk bercerita keseronokan lawatan ini saya rasa begitu gembira...hilang kepenatan semalam yg masih belum hilang......beginilah seorang guru....segalanya di bahunya memikul tanggungjawab yg di amanahkan untuk menjadikan kanak-kanak ini adalah insan yg seimbang perkembangannya dari segi rohani,jasmani,semosi,fizikal dan inteleknya.























































































































































































No comments:

Post a Comment